Online Diary MUSLIMAH HIJAB STREET

Friday, 12 December 2014

'''''' SETIAP WANITA ITU CANTIK '''''



Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”
Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita  menangis.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan  dia bertanya,
“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”
“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan.
Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.
SETIAP WANITA ITU CANTIK….

Penulisan dipetik daripada  http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/setiap-wanita-itu-cantik/

33 Larangan Rasulullah SAW ( ^-^)



  1. WANITA MENDEDAHKAN AURAT
  2. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI
  3. WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  4. WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  5. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI ORANG KAFIR
  6. WANITA MENYAMBUNG RAMBUT
  7. WANITA MENCABUT, MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS
  8. WANITA MENGIKIR GIGI
  9. WANITA MELAKUKAN TATO
  10. WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN
  11. WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH (LESBIAN)
  12. WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DKAGUM ORANG LAIN
  13. WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN AWAM
  14. WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  15. WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI
  16. WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI KEPADA ORANG LAIN
  17. WANITA MENERIMA TETAMU BUKAN MUHRIN TANPA IZIN SUAMI
  18. WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI
  19. WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI
  20. WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK
  21. WANITA BERMUSAFIR TANPA MUHRIM ATAU SUAMI
  22. WANITA MENCERIKAN SIFAT WANITA LAIN KEPADA SUAMINYA
  23. WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMINYA
  24. WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZINNYA
  25. WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI
  26. WANITA MENYUMPAHI ANAK
  27. WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA
  28. WANITA MEMAKAI PAKAIAN MAS DENGAN SOMBONG DAN MEGAH
  29. WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA
  30. WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
  31. WANITA MERATAPI KEMATIAN
  32. WANITA BERKABUNG ATAS KEMATIAN SESEORANG MELEBIHI TIGA HARI
  33. WANITA MENZIARAHI KUBUR DIIRINGI TANGISAN
“Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka.”
Mafhum sabda Rasulullah SAW diatas dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar kaum hawa akan terdedah kepada kebinasaan disebabkan mencuaikan dirinya sebarang tanggungjawab agama, keluarga dan dalam masyarakat.
Bagi membentuk peribadi wanita soleh sangat perlu mengetahui segala larangan agama yang berkaitan dengan kaum hawa. jesteru itu, betapa bertuahnya wanita bahkan lelaki pun yang mampu menjauhi larangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian sehingga dapat mengelakkan diri dari seksa neraka. Buku ini membantu anda mengelakkan seksa bagi mendapatkan pahala. Insyallah….
ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.

:: this is me .. : Muslimah Style in Color Block and Fashionista :)

Aku ... peminat tegar maxi skirt

Cari la maxi skirt yang kembang payung macam ni, tak yah la pakai maxi skirt ikut kekurusan paha kaki mu.  Mu nak tayang kat saper?  Mu suka kan tambah dosa?
Oh, I like midi dress dengan jeans!

Sila pilih outfit yang mana anda suka.  Match making kan dgn baju2 yg ada dalam wardrobe anda...


I love all the outfits!  Auuwmm...mana singa ni, aku nak baham dia!  Mungkin itu yang dikatakan oleh wanita ini di dalam hatinya...

Ni pulak suka dengan style outfit yang dia pakai. I love cardigan yang labuh2 macam ni!


Ni pon sama gak, suka dengan outfit perempuan arab ni pakai...


Kat mana aku nak cari bijik tasbih besar gajah macam tu....??


Comey nya diaorg ni kan...overall bertutup dengan kemas.  Islam tak melarang kita berfesyen tapi yang penting pakaian kita tertutup, longgar, tidak jarang, dan tidak menampakkan susuk badan. 


                       Suka gak dengan style camni.  Adakah itu cardigan kimono?

Tamat sudah cita pasal color blocking dan muslimah fashionista ni.  Pendek kata, kalo aku nk apply color block into my outfit, maybe I prefer pastel color.  Guna color yang lembut.  Color yang striking, color yang membolehkan sejauh 500 meter jer org dah nampak outfit kita, memang mintak la dijauhkan yerk!  Pendek kata, pepandai ler korang matchingkan color untuk outfit korang, asalkan pakai color lelain tu dah jadi color block lar tu, muahahaha...!!! 

Dan fashion2 muslimah yang diketengahkan kat sini, boleh ar kalaw korang nak rujuk agar fashion korang tidak menjadi fashion disaster nanti.  Aku pon tak boleh nak follow suma sekali.  Ada sesetengah tu boleh ar nak follow, tu pun ikut gak dengan keadaan cuaca di negara kita kan.  Tak kan ler hari tengah cuaca panas terik, ko nak pakai baju berlapis2 kan semata2 nak tutup aurat.  Pakai yg simple2 dan yg penting kain tidak jarang, tu pun dah cukup memadai.
 

Hope you like it...!


Thanks for reading this entry!

WIR Campaign : Covering the chest is the best !!

                                    
                                      بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..WIR Campaign : Covering the chest is the best!! WIR? WIR means wear it right. Wear what? Wear your scarft for c0ver ur hair.  Kempen ini bertujuan mengajak kaum Hawa termasuk diri sayauntuk memakai tudung, selendang, pashmina dan yang seumpamanya dengannya dengan pemakaian yang betul. 

Muslimah, Tudung Muslimah, Wanita Solehah, Perempuan, Aurat, Tutup Aurat, Cara Yang Betul Tutup Aurat, Labuhkan Tudung, Tudung Sopan


Kempen ini dianjurkan oleh Sue Anna Joe, saya juga turut menyokong kempen yang beliau anjurkan. Kempen seperti ini sangat baik dan bagus. Memandangkan sekarang ni berlakunya perkembangan fesyen yang semakin "pesat", kaum Hawa terutamanya akan terkena tempiasnya dahulu. Maklumlah..perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan shopping dan fesyen. Berfesyen itu tidak salah dan Islam tidak pernah mengharamkan umatnya berfesyen. Akan tetapi, akan menjadi salah apabila berfesyen sehingga melanggar batas-batas dan cara pemakaian yang telah di beri "garis panduan" oleh Islam itu sendiri. 

Seperti mana yang kita ketahui dan kita pelajari, aurat wanita itu merangkumi seluruh tubuhnya melainkan muka dan kedua belah tapak tangan sahaja. Oleh itu..selain daripada anggota yang tadi, ia merupakan aurat. Apa itu aurat?? Aurat ialah anggota badan yang tidak boleh di lihat atau di zahirkan kepada orang yang bukan mahram kita. Hal ini bermaksud..bagi kaum Hawa, pemakaian yang sempurna ituwajib. Bukan sekadar menutup, bahkan tidak ketat seperti "sarung nangka".

Begitu juga..selain daripada perkembangan baju, tudung p0n ada juga fesyennya. Sekarang ni macam-macam jenis tudung ada kan..tudung syiria, pashmina, selendang dan lain-lain. Kadang kala tudung yang dijual tu juga begitu pendek dan tidak menutup bahagian dada bila memakainya. Tujuan kita pakai tudung, bukan sahaja untuk menutup rambut..bahkan, kita perlu juga menutup "perhiasan" yang lain nya. Ada juga yang berpendapat, jika kita tidak mengikuti arus fesyen semasa..orang itu ketinggalan zaman dan tidak "up to date". 

Bagi saya..tidak. Orang yang berfikiran seperti itu ialah orang yang mempunyai minda yang tertutup.Sebab apa saya berpendapat macam tu, sebabnya ialah menutup aurat itu yang utama dan bukannya fesyen itu menjadi keutamaan. Kita perlu fikir kembali apakah tujuan asal kita memakai tudung..tujuannya ialah untuk menutup "perhiasan" (rambut dan dada) yang kita miliki. Kalau tudung yang kita pakai itu pendek dan tidak menepati ciri--ciri yang sepatutnya, sama jua kita tidak menutup aurat..memakai tudung sekadar berfesyen semata-mata. Tidak perlu terlalu taksub dengan fesyen..kerana kadang kala kita akan terlupa tujuan asal kita memakainya. 

Bukan sahaja kita perlu memperbaiki cara pemakaian kita..tapi, yang paling penting ialah dalaman, iaitu rohani. Dua-dua kita kena "upgrade" kan. Betul tak?? Semoga kita sama-sama menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya..sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mafhumnya : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya "..pernah dengar kan maksud ayat ni. Jadi, pucuk pangkalnya diri kita sendiri..nak berubah ke, tak nak berubah ke..semua terletak pada diri kita. 

~Kadang kala perkara yang kita anggap remeh itu menyebabkan diri kita akan sentiasa dan berterusan melakukan "dosa-dosa" yang tanpa kita sedari boleh membawa mudharat pada diri kita~

Kalau kita nak berubah..jangan tunggu es0k, mulakan dari sekarang.

Maaf jika terkasar bahasa ye..ilmu untuk dikongsi, jika salah tolong betul kan. http://www.emocutez.com 


Entri berkaitan : Cover y0ur Aurat 
                       : Mahram


والسلام

Panduan Berpakaian yang betul bagi Wanita Muslimah ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..kali sini saya nak tunjuk kan cara pemakaian seorang muslimah yang mengikut garis panduan syarak. Tak perlu taip banyak-banyak, sebab gambar ni je dah menjelaskan semuanya. Kalau nak perenangan lebih lanjut, boleh klik sini ye. Selain daripada gambar yang berunsurkan dakwah..gambar kartun ni jugak sangat-sangat comel. Saya suka!! http://www.emocutez.comSama-sama lah kita belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang muslimah yang sejati~

Jom sama-sama fikirkan









Sebagai seorang yang bergelar muslimah sejati..kita tak perlu terikut-ikut dengan cara berpakaian agama lain kerana kita punyai identiti tersendiri. Setiap sesuatu yang Allah tetapkan, pasti ada sebab musababnya. Begitu juga dengan persoalan http://www.emocutez.com kenapa perempuan Islam perlu berhijab. Berhijab adalah salah satu cara untuk melindungi kaum wanita daripada "gangguan-gangguan" yang tidak diingini.
Fikir-fikir kan~

Jom perbaiki penampilan kita supaya dilihat sebagai seorang wanita muslimah
http://www.emocutez.com


 والسلام






Monday, 1 December 2014

Kenapa Wanita Tidak Boleh Jadi Pemimpin ??

Wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kenapa? Walhal kita wanita sentiasa mendidik untuk memimpin anak-anak kita atau atas dasar tugas dan sebagainya.Tentu ada sebab-sebabnya .Kenyataannya jangan lah kita melebihi had yang telah diberikan pada kita wanita.Wanita itu diumpamakan dengan tulang rusuk yang bengkok.Benar sekali dan penghuni neraka juga banyak nya dari kaum wanita.

 
Kita wanita hendak lah melihat kaum lelaki kenapa mereka tidak dilabelkan sebagai penghuni neraka yang terbanyak dari wanita.Lelaki itu jika ia lurus dalam kehidupan maka mereka akan berjalan terus lurus dan tiada bengkoknya..tapi berbeza dengan kita wanita dan kita perhatikan saja anak perempuan dan lelaki ada saja perbezaan yang ketaranya.Wanita walau sebaik mana tetap ada bengkoknya.Dalam kehidupan seharian dan ketika dimana jua wanita itu sentiasa ada saja perbuatan dan kemahuan yang melebihi dari kaum lelaki. 
Lihat lah disekeliling kita dan diri kita sendiri ada saja jalan dan fikiran-fikiran salah kita yang menyebabkan kita terhumban keluar dari redha suami dan Allah SWT. Berlindunglah hanya Allah jua yang dapat menyelamatkan kita.





Berlaku dizaman dahulu di Andalusia ketika kaum muslimin berperang dengan puak kristian dan kaum muslimin sentiasa kalah. Keresahan yang dirasa oleh semua kaum muslim dan termasuk seorang wanita Islam.
Wanita ini merasa sudah masanya untuk melakukan perubahan dan dalam keadaan terdesak usulnya diterima dan ketika dibawah pimpinannya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan dengan kehendak Allah swt.

Disebalik kemenangan itu ada pengajaran buat kaum wanita dan seperti lazimnya sebagai ketua perang maka dia pun ditemukan  dengan pemimpin puak kristian yang telah menjadi tawanannya.
Allah telah menetapkan dan apa saja yang difirman allah ada lah benar begitu juga jika Rasul yang bersabda.
Yang perlu pada kita ialah menyakininya.Begitu lah yang terjadi wanita tersebut telah tertarik dan terpikat pada lelaki kristian itu pada kali pertama mereka bersua.

Rasa cinta yang mekar lama kelamaan tidak dapat ditahan lagi.Dia mengajak lelaki tersebut memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya.
Malang lelaki itu enggan,setiap kali dipujuk dia menolak tawaran tersebut.
Sebaliknya dia mencadang wanita Islam tersebut memeluk ugama kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih.

Yang dikata tetap terjadi akhirnya wanita itu kecundang.Dilanda cinta yang ghairah dan hebat kerana ketampanan lelaki tersebut telah memadamkan 
segala cintanya pada Allah,Islam dan kebenaran.Akhirnya dia murtad dan menjadi seorang kristian.

Kisah ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam,pengajarannya kepada kita wanita siapa yang membelakangkan syariatnya pasti tidak akan selamat.Syariat Allah tidak boleh diketepikan dalam setiap perjuangan  yang mencari keredhaannya.

Syarat -syarat menjadi pemimpin dalam islam amat jelas sekali dan diantara disebut pemimpinnya mesti seorang lelaki.Wanita tidak boleh jadi pemimpin tertinggi kepada lelaki.
HADIS ada menyebutkan lebih kurang bermaksud:"Kalau perempuan menjadi pemimpin ,maka tunggulah kebinasaanya."
Wanita lebih layak menjadi seumpama sayap kiri lelaki .Menjadi pembantu yang setia dan sedia berkhidmat dengan jujur.
Namun wanita diperlukan dalam masyarakat Islam dengan berkhidmat mengikut kebolehan masing-masing.

Ketetapan Allah telah jelas dan kita wanita harus sedar dan sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha Adil dan bijaksana dan dia lebih mengetahui kenapa meletakan sesuatu itu ditempatnya.

Semoga bermanfaat buat kita semua.


Sunday, 16 November 2014

Cara Pemakaian Heliza Helmi .

Assalamualaikum dan hye .
ummm lepas stalker-stalker pasal fesyen terkini . terjumpa page Heliza Helmi . waaaa . sangat kagum tengok cara dia bergaya dan cara pemakaiannya . sangat sopan walau di mana saja . sejuk ja mata yang memandang. Allahurobbi . ok . jom kita tengok sama-sama :)



cantik kan . pandai dia bergaya . sopan plak tu . hmmm hmmm


simple dan menawan , buat sapa yang melihat pasti tertawan dengan keayuannya . aisehhh . hahaha :)

Allahuakhbar . seriesly cantik sangat . teringin nak jadi macam ni . hummm :'(

sopan walau di mana sahaja . itulah dia akak Heliza Helmi . sesuai mengikut syariat Islam . 

Renungan seketika !!

"NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya"

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen