Online Diary MUSLIMAH HIJAB STREET : A MARRIAGE ...

Sunday, 16 November 2014

A MARRIAGE ...


Marriage is a big thing. Once you get married, please behave. Now that you are husband and wife. From this day you will share everything. Appreciate someone who accept you for who you are. Be grateful, be thankful to ALLAH sebab masih ramai insan yang sedang mencari pasangan hidup. You’re the choosen one, sebab ALLAH izinkan menjalani cinta yang halal. Do appreciate it!

If you are going to engage in relationship, then you should be clear on where you stand.

You have the right to waste your time, but you don’t have the right to waste his or her! Remember that life is something we've been blessed, choice is all yours. With the right attitude, you will shine. Wherever you go, whatever you seek, turn back to ALLAH. Doakan hati tak berbolak-balik, so that your spouse will be everything for you, for sure after ALLAH and Rasulullah.



WHEN OUR WOMEN ARE EDUCATED 


Senario kehidupan~~~

"Kau tak keje lagi? Kau grad setahun dari aku kan?"
"Belajar tinggi2 pakai kete sama je macam aku yang belajar setakat sijil ni."
"Gaji besar tapi aku lagi mewah, apalah kau ni."

"Kau ni bila nak kahwin? Tengok aku dah masuk anak ke dua. Kita sebaya kan."
"Aku kahwin muda dari kau, tapi aku beranak dulu, kau tak nak anak ke?"

Biasa tak dengar ayat2 di atas?

Adakah penjawab tahu apa akan terjadi dalam hidupnya?
Siapa tahu masalah di sebalik yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibubapanya yang sakit. Maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik2 meneruskan pelajaran. Maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang berkemungkinan dia tidak mampu beroleh anak maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini. Tenanglah. Jangan bersedih. Allah Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Ingatlah, mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperolehi kebahagiaan lebih.
Mungkin kamu berkereta sama seperti mereka, tapi mungkin kereta kamu tidak mempunyai masalah berbanding mereka.
Mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin jodohmu itu lebih panjang.
Mungkin kamu lewat mendapat anak tapi mungkin anakmu itu lebih membawa kegembiraan suatu hari nanti.

 renungkan bersama.

Dipetik dari: AbdulaRoufJesperi


Kata cinta, tapi dibida pula maharnya.
Tak pandang rupa, ditengok akademik kononnya.
Habis tu, bab Agama bagaimana?
Wanita, kau meminta nak tinggi sahaja.
Kewangan lelaki, langsung tak cakna.

Yang si ibu dan bapa pun sama,
Terkadang tak peduli apa yang selayaknya.
Apa, mahu dijual anak tercinta?
Kenapa, mahu dijaja hebatnya harta?
Apakah ribuan harga boleh dibeli syurga di sana?
Sila celik agama, mata saja tak guna,
Kasihan si lelaki, makin pening kepala.
Ikhlas ingin berpunya, tapi dek kerana nilai yang kau perhamba,
Terencat sudah rencana cinta.

Lelaki, jika ingin miliki si dia,
Aku percaya masih ramai yang murah maharnya.
Bukan kerana murahnya nilai jiwa raga,
Bukan kerana maruah tercela,
Tapi kerana dia muslimah yang mengerti erti MAHAR SYURGA!

Wanita, jika ingin jadi miliknya,
Pertimbangkan semula,
Jangan memandai kau letak harga.
Kau ingat kau sudah sempurna?
Kalau rasa sempurna adanya,
Kau lihat pula dari sudut Agama.
Kasihi dia arjuna setia,
Jangan dibeban tak semena!

Aku wanita belum bermahar,
Tak tahu esok lusa bagaimana.
Oh, takut pula aku fikirkannya.
Kau pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen